Perutusan Ketua Jabatan

Written by Super User. Posted in Aduan

PERUTUSAN KETUA JABATAN

Assalamualaikum wbt

Saya mengucapkan Selamat Datang Ke Portal Rasmi Pejabat Tanah Padang Terap.Sebagai sebuah jabatan di barisan hadapan dalam berurusan dengan pelanggan khususnya di Daerah Padang Terap maka tentulah banyak maklumat perlu dikongsi bersama antara pihak Jabatan dengan pelanggan sama ada jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, pihak swasta dan orang ramai.

Dengan wujudnya Portal ini bermakna Pejabat Tanah Padang Terap telah turut melangkah bersama-sama Kerajaan Negeri untuk memajukan lagi daerah ini. Kejayaan membangunkan Portal Rasmi Pejabat Tanah Padang Terap ini merupakan satu langkah ke hadapan dalam kemajuan penggunaan Information Communication Technology (ICT) sebagai alat komunikasi dan interaktif di Daerah Padang Terap bersesuaian dengan Visi kami iaitu MENJADIKAN PEJABAT TANAH PADANG TERAP SEBUAH ORGANISASI YANG TERBAIK DI NEGERI KEDAH MENJELANG 2015. Perlaksanaannya juga adalah selaras dengan matlamat kerajaan untuk merapatkan lagi hubungan antara jabatan kerajaan dengan masyarakat.

Saya juga mengalu-alukan pandangan dan cadangan daripada pengunjung-pengunjung bagi memperbaiki lagi kandungan laman ini dari masa ke semasa selaras dengan peredaran masa.Diharapkan juga agar masyarakat di Daerah Padang Terap akan dapat memanafaatkan laman ini bagi tujuan mendapatkan maklumat berkenaan perkhidmatan dan juga memberi maklumbalas berkaitan perkhidmatan yang disediakan.

Sekian, terima kasih.

Pegawai Daerah Padang Terap
Tuan Fathullah Suhaimi bin Ismail, AMK., AMN., BCK.

Scan QR KOD

 

Capture 

Pautan

suk2mampu1jpa png1malaysia pnghrmis png

Media

media 

audio/video



Pelawat

166870
Hari Ini24
Semalam79
Minggu Ini551
Bulan Ini809
Keseluruhan166870

Kemaskini

Tarikh
General update: 06-12-2017 23:07

Undian

Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan kami?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote: