PERUTUSAN PENTADBIR TANAH DAERAH PADANG TERAP

Written by Super User. Posted in Profil

PERUTUSAN PENTADBIR TANAH DAERAH PADANG TERAP

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung-pengunjung portal ini. Saya amat berbesar hati mengalu-alukan kunjungan anda sekalian ke portal Pejabat Tanah Padang Terap (PTPT). Sesungguhnya kesudian anda melayari portal ini amat bermakna bagi kami di jabatan ini dan saya berharap segala maklumat yang disajikan dapat memenuhi keperluan dan kehendak semua. Dan semoga portal ini dapat membantu memberikan informasi berkaitan perundangan dan pentadbiran tanah dengan lebih terperinci. Informasi yang kami sediakan melalui portal ini mencakupi maklumat menyeluruh tentang perkhidmatan yang dikendalikan oleh PTPT bagi memudahkan pelanggan berurusan dengan jabatan ini.

Adalah diharapkan melalui portal ini, orang ramai akan lebih dekat dan mesra dengan jabatan ini. Bagi pihak Pejabat Tanah Padang Terap, saya mengalu-alukan sebarang komen, teguran yang membina daripada pihak pelanggan yang dihormati serta bersedia menerima idea dan pandangan demi menambahbaik portal ini. Akhir kata saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan jabatan yang begitu komited dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing dalam merealisasikan matlamat jabatan sebagai pakar rujuk dalam bidang pengurusan dan perundangan tanah. Sekian, terima kasih

Pentadbir Tanah Padang Terap
YM Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah, AMK., BCK..

Scan QR KOD

 

Capture 

Pautan

mygoverment-png 1malaysia-png HRMIS  
MAMPU JPA msc  

Media

media 

audio/video



Pelawat

162866
Hari Ini63
Semalam80
Minggu Ini434
Bulan Ini1713
Keseluruhan162866

Kemaskini

Tarikh
General update: 09-10-2017 02:32

Undian

Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan kami?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote: