Profail Daerah

Written by Super User. Posted in Perkhidmatan

PetaDaerahPadangterapKualaNerang

Padang Terap merupakan daerah dan kawasan parlimen yang terletak di Kedah, Malaysia. Majlis Daerah Padang Terap ditubuhkan pada tahun 1976 adalah susulan daripada penyusunan semula Kerajaan Tempatan Lembaga Bandaran Padang Terap. Kawasan Majlis Daerah Padang Terap merupakan daerah yang ketiga terbesar di Negeri Kedah yang meliputi kawasan seluas 135684.41 hektar bersamaan 330799 ekar atau 1356.84 km persegi. Lokasinya terletak bersempadanan dengan negara Thailand di utara, sebelah barat bersempadanan dengan daerah Sik dan Pendang.

Pusat pentadbiran daerah ini dikenali sebagai Kuala Nerang. Antara kawasan yang termasuk di dalam daerah ini ialah Naka dan Pedu.

Asal Usul

Padang Terap mendapat nama daripada sejenis pokok terap yang banyak terdapat di suatu kawasan padang atau di tepi-tepi padang.

Di Kedah dan Perlis kita dapati banyak kawasan yang di namankan dengan "Padang" seperti Padang Besar,Padang Lalang,Padang Perahu,Padang Hang ,Padang Mat Sirat. Padang mengambar kawasan rata yang gersang tidak mempunyai pohon besar atau hanya di tumbuhi belukar yang jarang ini adalah di sebabkan samada tanah nya yang tandus serta juga kesan musim kemarau yang berlaku empat bulan setiap tahun di kawasan ini di mana curahan hujan kurang dari 50mm hujan sebulan.

Kawasan padang Padang Terap ialah kawasan yang di tumbuhi sajenis pohon yang tahan kemarau dan bergetah di panggil Pokok Terap (Artocarpus elasticus) . Oleh itu nama Padang Terap berasal dari pokok ini. Profil tanah kawasan ini juga cetek terbentuk dari batuan mendap shyl di kelaskan oleh pakar sains tanah sebagi Siri Terap.

Kawasan Penting

  • Kuala Nerang
  • Durian Burung
  • Padang Sanai
  • Bukit Tembaga
  • Belimbing
  • Naka
  • Nami
  • Pedu

Mukim

  1. Mukim Batang Tunggang Kanan
  2. Mukim Batang Tunggang Kiri
  3. Mukim Belimbing Kanan
  4. Mukim Belimbing Kiri
  5. Mukim Kurong Hitam
  6. Mukim Padang Temak
  7. Mukim Padang Terap Kanan
  8. Mukim Padang Terap Kiri
  9. Mukim Pedu
  10. Mukim Tekai
  11. Mukim Tolak
  12. Bandar Kuala Nerang
  13. Pekan Naka
  14. Pekan Durian Burung
  15. Pekan Lubok Merbau
  16. Pekan Bukit Tembaga
  17. Pekan Padang Sanai
  18. Pekan Kampung Tanjung

Ekonomi

Perkembangan pembangunan di Daerah Padang Terap adalah dipengaruhi oleh hubungan ekonomi dengan negeri yang berhampirannya iaitu Perlis yang berfungsi sebagai Pusat Wilayah Negara bagi negeri-negeri di Utara Semenanjung Malaysia.

Komoditi utama Padang Terap adalah gula yang di keluarkan oleh Syarikat Gula Padang Terap. Di sini terdapat kilang memproses gula dan juga ladang tebu yang luas.Kilang gula ini di samping memproses gula dari landang ia jua memproses gula yang diimpot kerana keluaran landang tidak mencukupi untuk memenuhi kapasiti kilang.Lagi pun industri memproses gula juga menguntungkan kerana gula mentah yang di importt dari pasaran dunia agak murah berbading dengan keluaran tempatan. Oleh itu ladang tebu telah memperbagai tanaman nya meliputi tanaman pisang dan nenas.

Tarikan pelancongan

Kawasan-kawasan tarikan pelancongan juga akan memberikan kelebihan kepada Daerah Padang Terap misalnya Tasik Pedu yang terletak di timur laut merupakan kawasan pelancongan bertaraf antarabangsa yang sering dikunjumgi pelancong antarabangsa. Selain itu terdapat juga Jeram Tok Din, Charok Batang Padi, Pangkalan Tok Mas, Puncak janing, Mini Muzium Padi dan Dusun Minda Resort. Satu lagi laluan masuk keluar ke Thailand sedang di bangunkan di Durian Burung.

Scan QR KOD

 

Capture 

Pautan

mygoverment-png 1malaysia-png HRMIS  
MAMPU JPA msc  

Media

media 

audio/video



Pelawat

162867
Hari Ini64
Semalam80
Minggu Ini435
Bulan Ini1714
Keseluruhan162867

Kemaskini

Tarikh
General update: 09-10-2017 02:32

Undian

Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan kami?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote: