LESEN/PERMIT

Written by Super User. Posted in LESEN/PERMIT

LESEN HIBURAN

PENGENALAN

( Enakmen Hiburan & Tempat-tempat Hiburan 1997 )

Jenis-jenis Lesen Hiburan:

1. Lesen Hiburan - Premis

2. Lesen Hiburan - Tiada Premis

LESEN HIBURAN-PREMIS

1. Billiard / Snooker

2. Bowling

3. Pawagam Mini ( Cineplex )

4. Karaoke

5. Kugiran & Nyanyian ( Live Band )

6. Pusat Hiburan Keluarga

7. Permainan Komputer

8. Mahjong Persatuan

9. Corong Muzik

10. Juke Box

11. Cyber Cafe

Pemohon yang ingin memohon lesen harus membuat surat permohonan kepada Bahagian Perlesenan Pejabat Daerah Padang Terap. Bayaran bagi lesen yang mempunyai premis dibuat secara tahunan. Antara dokumen yang perlu diisi lengkap adalah seperti berikut :

1. Borang Permohonan Jadual A ( 5 salinan )

2. 5 keping salinan Kad Pengenalan pemohon. ( A4 )

3. 2 keping gambar pemohon berukuran pasport. ( Warna )

4. 5 keping salinan Pendaftaran Perniagaan ( SSM ).

5. 5 salinan Perjanjian Jual Beli / Sewa Bangunan / Geran ( Hakmilik ).

6. 5 salinan Pelan Lokasi dan Lantai Bangunan mengikut Pelan Bangunan yang telah diluluskan.

7. 5 keping salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan ( disahkan ) dan Senarai AJK bagi permohonan Lesen Mahjong Persatuan.

8. 5 keping senarai nama mesin permainan dan gambar mesin bagi permohonan lesen Pusat Hiburan Keluarga, simulator & permainan komputer.

Setelah semua dokumen lengkap diisi, sila kembalikan kepada pihak Pejabat Daerah Padang Terap bagi proses seterusnya.

Setiap pemohon akan mendapat surat daripada pihak Pejabat Daerah Padang Terap bagi memaklumkan samada permohonan diterima atau ditolak.

LESEN HIBURAN-TIADA PERMIS

1. Pementasan

2. Orkestra

3. Konsert

4. Akrobatik

5. Silap Mata

6. Bangsawan

7. Teater

8. Wayang Cina

9. Opera

10. Wayang Kulit

11. Wayang Tongkol

12. Expo

13. Pameran

14. Pentas Ria

15. Tinju

16. Silat

17. Menora Siam

18. Tayai

19. Makyong

20. Gebiah

21. Pesta Songkran

22. Dll.

Pemohon yang ingin memohon lesen harus membuat surat permohonan kepada Bahagian Perlesenan Pejabat Daerah Padang Terap. Permohonan harus dibuat dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh pertunjukan. Antara dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :

1. Borang Permohonan Lesen Pertunjukan Pentas ( 5 salinan )

2. 5 keping salinan Kad Pengenalan pemohon ( A4 ).

3. 2 keping gambar pemohon berukuran pasport ( Warna ).

4. 5 salinan butir-butir pementasan.

5. 5 salinan butir-butir peserta yang mengambil bahagian.

Setelah semua dokumen lengkap diisi, sila kembalikan kepada pihak Pejabat Daerah Padang Terap bagi proses seterusnya. Pemohon akan dimaklumkan melalui surat.

Sebanyak 5 salinan diperlukan bagi setiap permohonan dan akan dihantar kepada jabatan teknikal untuk sokongan / bantahan :

Jabatan yang terlibat adalah :

1. Pejabat Daerah Padang Terap

2. Majlis Daerah Padang Terap

3. Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap- 2 salinan

4. Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Padang Terap

5. Jabatan Kesihatan Daerah Padang Terap

CARA PEMBAYARAN

Bayaran adalah secara TUNAI dan perlu dibuat setelah permohonan diluluskan.

Scan QR KOD

 

Capture 

Pautan

mygoverment-png 1malaysia-png HRMIS  
MAMPU JPA msc  

Media

media 

audio/video



Pelawat

162867
Hari Ini64
Semalam80
Minggu Ini435
Bulan Ini1714
Keseluruhan162867

Kemaskini

Tarikh
General update: 09-10-2017 02:32

Undian

Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan kami?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote: