PENDAFTARAN

Written by Super User. Posted in SoalanLazim

1. Bagi Tanah Rizab Melayu, bolehkah penyaksian dibuat oleh penguambela atau peguamcara ?

Tidak boleh. Penyaksian bagi hakmilik rizab melayu hanya boleh dibuat oleh Pentadbir Tanah sahaja (Perenggan 3, jadual ke 5 KTN)

2. Bolehkah sebarang urusniaga dilaksanakan sekiranya cukai tanah bagi tahun semasa belum dijelaskan ?

Tidak boleh. Cukai tanah bagi tahun semasa hendaklah dijelaskan sebelum sebarang urusniaga dilaksanakan. (Seksyen 301A KTN)

3. Bagaimanakah hendak mewakafkan tanah ?

Tuan tanah hendaklah memenuhkan borang seperti berikut :
(i) Borang 12A (Menyerahkan Semua Bahagian Tanah) atau
(ii) Borang 12B (Menyerahkan Sebahagian Tanah)

Dokumen yang diperlukan ialah:
1. Salinan hakmilik (geran) tanah
2. Salinan resit cukai tanah tahun semasa
3. Surat Persetujuan Orang Yang Berkepentingan di atas tanah

Media

media 

audio/video



Undian

Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan kami?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote: