Harta Pusaka Kecil

Written by Super User. Posted in SoalanLazim

APAKAH HARTA PUSAKA KECIL?

Harta pusaka kecil ialah harta yang ditinggalkan oleh simati yang mempunyai ciri-ciri berikut:

a. Simati tidak meninggalkan wasiat ( di bawah Akta Wasiat 1959 );

b. Harta itu terdiri dari harta tak alih ( tanah ) dan harta alih seperti wang tunai dan sebagainya;

c. Jumlah nilai harta itu hendaklah tidak melebihi RM2juta pada tarikh permohonan dibuat mulai 1 September 2009.

SIAPAKAH YANG BERHAK MEMOHON?

a. waris-waris simati seperti balu lelaki atau perempuan, anak lelaki atau perempuan, ibubapa, Majlis Agama Islam iaitu Baitulmal dan sebagainya;

b. Pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah;

c. Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah simati;

d. Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah;

e. Amanah Raya Berhad.

Media

media 

audio/video



Undian

Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan kami?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote: