Cukai/Hasil Tanah

Written by Super User. Posted in SoalanLazim

APAKAH CUKAI HASIL TANAH?

Cukai / Hasil Tanah ialah sejumlah wang kena bayar untuk tanah-tanah yang telah diberi hakmilik iaitu:

       1. Tanah Perusahaan

       2. Tanah Bangunan

       3. Tanah Pertanian

BAGAIMANA / DI MANA CUKAI ATAU HASIL TANAH BOLEH DIBAYAR?

Cukai atau hasil tanah hanya dikenakan sekali setahun. Pemilik akan dikenakan denda jika lambat membayar cukai tanah mengikut tarikh yang ditetapkan.

CARA PEMBAYARAN CUKAI / HASIL TANAH

Boleh dibayar melalui:  1. Tunai

                                  2. Cek

                                  3. Kiriman Wang / Wang Pos

                                  4. Online banking di www.ptgkedah.gov.my

TEMPOH BAYARAN BOLEH DIBUAT?

Cukai / hasil tanah boleh dibayar mulai dari 1hb Januari hingga 31hb Mei sepanjang tahun. Selepas 1hb Jun, denda akan dikenakan pada pemilik tanah.

CUKAI / HASIL TANAH TIDAK DIJELASKAN DI DALAM TEMPOH YANG DITETAPKAN

  • Mulai 1hb Jun semua hasil / cukai tersebut kan menjadi tunggakan
  • Denda lewat atas kadar 5% tertakluk kepada minimum RM5 akan dikenakan
  • Notis 6A di bawah Seksyen 97 & 98 Kanun Tanah Negara akan dikeluarkan dengan bayaran RM2 setiap notis
  • Bayaran sepenuhnya hendaklah dijelaskan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh penyerahan notis 6A
  • Sekiranya selepas tamat tempoh tersebut cukai tanah masih tidak dibayar maka tanah tersebut akan dirampas di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara

Media

media 

audio/video



Undian

Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan kami?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote: